Scots Wha Hae

Scots Wha Hae' (harfiah: "Orang Scotland Yang Telah") ialah sebuah puisi/lagu yang ditulis Robert Burns dalam tahun 1793 buat meniru ucapan Robert the Bruce kepada tenteranya sebelum Pertempuran Bannockburn dalam tahun 1314. Walaupun Burns menulis kata-kata, muzik buat lagu ini adalah lagu lama (Hey Tuttie Tattie) yang mengikut legenda telah dimainkan oleh tentera Scotland sebelum pertempuran.Judul pertama lagu ini ialah Robert Bruce's March To Bannockburn ("Kemaraan Robert Bruce ke Bannockburn") – namun sekarang ia lebih terkenal sebagai "Scots Wha Hae"."Scots Wha Hae" juga merupakan lagu parti buat Parti Kebangsaan Scotland (Scots:Scottis Naitional Pairtie) dan dinyanyikan selepas perhimpunan parti yang diadakan setiap tahun.